1 Rasulullah SAW bersabda ا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الحَقِّ ظَاهِرِينَ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ يَخْذُلُهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ M aksudnya: “Sekumpulan daripada umatku terus berada di atas kebenaran, dan tidak akan ada yang boleh memudharatkan mereka oleh sesiapa yang menghina mereka sehingga datangnya perintah Allah SWT”. [Lihat: Sunan al-Tirmizi, 504/4] [Hadith ini dinilai hasan sahih oleh imam al-Tirmizi] Walaubagaimanapun, imam al-Nawawi RA ketika mensyarahkan hadith yang sama seperti di atas. Beliau berkata: “Barangsiapa yang mengatakan bahawa kumpulan yang dimaksudkan di dalam hadith adalah ahli hadith, aku mengatakan berkemungkinan yang dimaksudkan dengan kumpulan di atas adalah kumpulan orang-orang yang beriman daripada bermacam jenis. Antara mereka ada yang berani berjuang (di medan perang), terdapat sebahagian daripada mereka yang faqih (alim dalam fiqh), ada juga yang mahir dalam bidang hadith, ada juga sebahagian merek...
Comments
Post a Comment