Dakwaan wujud Dunia Islam berada dalam Kegelapan sepanjang 1400 Tahun?
Walaubagaimanapun, imam al-Nawawi RA ketika mensyarahkan hadith yang sama seperti di atas. Beliau berkata: “Barangsiapa yang mengatakan bahawa kumpulan yang dimaksudkan di dalam hadith adalah ahli hadith, aku mengatakan berkemungkinan yang dimaksudkan dengan kumpulan di atas adalah kumpulan orang-orang yang beriman daripada bermacam jenis. Antara mereka ada yang berani berjuang (di medan perang), terdapat sebahagian daripada mereka yang faqih (alim dalam fiqh), ada juga yang mahir dalam bidang hadith, ada juga sebahagian mereka yang zuhud, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada keburukan. Selain itu juga, terdapat juga sebahagian daripada mereka yang melakukan perkara-perkara lain berkaitan kebaikan dan tidak semestinya mereka ini terhimpun di dalam satu kumpulan sahaja tetapi hakikatnya mereka ini bertebaran di seluruh dunia”. [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 67/13]
Berdasarkan kedua pendapat di atas, kita memahami bahawa para ulama’ berselisih pendapat dalam menentukan kumpulan yang dimaksudkan di dalam hadith ini. Walaubagaimanapun, kumpulan yang akan selamat pada setiap masa atau zaman adalah kumpulan yang sentiasa menjadikan al-Qur’an dan al-Sunnah sebagai rujukan mereka
2
Sepanjang zaman akan ada umat Islam berada dilandasan yang benar. Kita tidak mempercayai satu narasi sejarah yang berada didalam zaman kegelapan (The Dark Ages) sepanjanag 1200 atau 1300 tahun, dimana rahsia untuk memahami al Quran itu hilang daripada dunia sejarah umat Islam. Atau diketahui segelintir umat Islam sahaja termasuklah para ulamak orang-orang besar nya semua nya melingkup dlam kesesatan semuanya tidak memahami al-Quran yang telah di rahsiakan oleh Allah SWT. Itu bukan tradisi ASWJ. Allah SWT berjanji nak pelihara al-Qurantapi 1400 tahun rata rata ulamak tak faham sampai Hany datang?
3
Comments
Post a Comment